Laporan dari Kg Berembang, Ampang:
Jumaat, 24 November 2006
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menderma kepada Tabung Derma Kilat Kg Berembang. Kita telah berjaya mengumpulkan RM120 pada petang 24th November 2006. Berbekalkan wang derma ini kita telah membeli sejumlah bantuan makanan (beras, telur, minyak masak, gula, garam, teh, sardin, biskut) dan dihantar ke Bilik Gerakan di Kg Berembang pada malam itu juga.
Daripada apa yang telah diberitahu oleh penduduk Kg Berembang, mereka begitu memerlukan bantuan makanan dan juga khemah.
Sabtu, 25 November 2006
Kami ke Kg Berembang lagi untuk menghantar bantuan makanan daripada keluarga Mohsein. Kebetulan pada malam tersebut juga, penduduk dan kawan-kawan aktivis tempatan mengadakan acara Malam Kesenian Kg Berembang. Ada deklamasi sajak, persembahan akustik, wayang kulit, pameran lukisan kanak-kanak, tayangan video perobohan rumah-rumah kampung dan sessi berkongsi pengalaman bersama penduduk kampung dan aktivis-aktivis.
Kami telah difahamkan yang pada keesokkan harinya, Ahad 26 November penduduk Kg Berembang akan mengadakan gotong royong untuk membina semula kampung mereka secara berperingkat-peringkat.
Bagaimana untuk membantu?
Kami sedang berusaha mengumpulkan dana untuk membeli bantuan makanan dan juga khemah. Kepada kawan-kawan yang ingin membantu diharap dapat menghubungi kami di 013-249 7199 (Kid) atau pergi sendiri ke Bilik Gerakan Kg Berembang, Ampang (sila lihat peta di bawah) atau menghubungi wakil penduduk kampung, Encik Mishud di 016-3809648.
Sebarang bantuan amatlah dihargai! Kid
27 November 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment